Tuesday, May 26, 2015

Waktu-Waktu Doa Mustajab

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ni..wana nak kongsi mengenai  " DOA ". Mesti semua orang dah tahukan apa itu doa ??? ke ada yg xtahu ?? heheh ..xpe ..

Doa ialah : memohon atau meminta sesuatu yang baik dprd Allah S.W.T yg Maha Pemurah. Allah S.W.T menyuruh orang2 Islam berdoa atau meminta sesuatu kepadaNya. Sebagaimana Firman Allah S.W.T. dalam surah ( Al-Mu'min, ayat 60 )



Ertinya : Dan Tuhan kamu berfirman : " Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa' permohonan kamu. Sesungguhnya orang2 yang sombong dan takbur daripada beribadat dan berdoa' kepada Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina " .

So, kita kena rajin2 lah minta doa kepada Allah , xkisah lah kita dalam keadaan gembira senang ke susah menderita ke...tetap kena berdoa. Oke..wana mengaku, kekadang wana leka..bila dah rasa happy sgt mesti dah lupa nak berdoa ..tapi sekurang-kurangnya sebutlah Alhamdulillah ....tu pun dah kira doa tauuu ....

Kalau kita ada masa terluang..buatlah ibadat ..haa..wana nak share waktu2 yg mustajab kita nak berdoa...oke

# Pada tengah malam atau sepertiga malam yang akhir ..mcm dekat2 nak masuk subuh dalam kul    3pagi gtu ..
# Setiap lepas solat Fardhu
# Berdoa di tempat sunyi supaya kita khusyuk
# Ketika dlm peperangan atau darurat
# Ketika sujud
# Ketika dizalimi orang
# Semasa musafir
# Bapa mendoakan kebaikan anak
# Ketika wukuf di Padang Arafah
# Selepas solat subuh sebelum terbit matahari
# Selepas solat Asar
# Ketika hendak berbuka puasa
# Ketika sakit
# Doa pada malam Lailatul -Qadr
# Doa pada malam Jumaat
# Berdoa dalam Masjid Al-Haram
# Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudah)
# Berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis
# Apabila khatan membaca al-Quran
# Doa raja yang adil
# Doa anak yang taat kepada ibubapa
# Doa ketika tawaf mengelilingi Ka'bah
# Berdoa dekat Multazam ( antara Hajar Aswad) dan pintu Ka'bah di Masjid Al-Haram
# Berdoa di belakang maqam Ibrahim di Masjid Al-Haram
# Berdoa di Hijr Ismail ( dikira dalam Ka'bah)
# Berdoa di mana jua masjid.


Ha... banyakkan situasi yang mustajab untuk kita berdoa..maka berdoa lah...mohon lah kepada Allah..apa yang kita mahu ..kerana Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Berkuasa :)




1 comment:

Nadratul Syazwana said...

Banyak waktu yang mustajab berdoa ni. Rajin tak rajin je kita :)