Sunday, June 26, 2011

Masihkah Kau Engat ???

Masihkah kau engat  tanggal 16 Mei 2010 ??
masih kau engat apa yang berlaku pada tarikh itu ??
 masihkah kau engat pada jam 12 tengah hari lebih kurang ???
Pada masa itu..kita telah dtakdirkan untuk berbicara dari hati ke hati..dan terus menjadi  1 ikatan yang bahagia sehingga saat ini ???

Sebelum ikatan antara kita wujud…aku telah memusnahkan 1 ikatan yang aku bina lebih kurang setahun kerana cinta yang ntah apa2…cinta yang tidak mengenal siapa..bak org2 kata” Bercinta di atas angin” maka tiada apa2 makna….maka dia akan berlalu dengan sendirinya…dan kita tidak ada usaha untuk mempertahankannya ! ya betol ! aku tidak mempertahankannya…kerana antara aku dan lelaki itu..tidak punya keserasian….lupakan segalanya tentang masa lalu…ku berharap…agar “lelaki itu” mendapat jodoh yang baik…dan bahagia hingga ke anak cucu.
Aku berjanji ..perkara itu xkan berulang lagi…bertarikh 16 Mei 2010…kamu menyatakan yang kamu menyukaiku…ku mnyukaimu..hahaha..( ayat xleh blah ).Di situ bermula cinta baru…cinta monyet ke?? Ahahaha..xtau lah…moga2 cinta kami membawa kami ke peringkat yg seterusnya..Aminn..Aku berjanji akan menyayangimu…mencintaimu…
TETAPI ENGAT…JANGAN MELEBIHI CINTA KEPADA PENCIPTA KITA DAN RASUL-NYA .
Sepanjang ikatan kita yang dah di bina lebih kurang 1 tahun 1bulan lebih…terlalu bnyak yang kita tempuhi..pergaduhan…ketidakpuasan hati antara satu sama lain..berbeza pendapat..namun itu merapatkan lg ukhwah antara kita. Betul x ?? Bila teringat kembali…itu sume buat aku tersnyum sendiri…hehehehhe…kamu yang buat hidup aku heppy..sedih…geram..marah..but,,itu sume memang corak sebuah kehidupan…yang penting …kita dapat menanganinye dengan baik..cari penyelesaian yang baik.
Aku berharap.kita kekal…sehingga kita dapat membina sebuah mahligai yang indah..dan bahagia di dunia dan di akhirat.Ya Allah..perkenankan doa kami .




Love Quotes

Wednesday, June 22, 2011

Kata Cinta ( Mahabbah - Rabiatul Adawiyah / Sufi )

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
 Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya CINTA.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.


Love Quotes

Monday, June 20, 2011

TERKENANGKAN ARWAH (MOHD SABRI)

Bismillahirahmanirrahim
~ Al-Fatihah ~
Moga rohmu ditempatkan ditempat org-org beriman..Amin..

Sungguh! sukar aku untuk percaya apabila aku menerima 1 SMS dari rknku yg mengkhabarkan tentang kematian seorang rakan sekelas aku MOHD SABRI ZAKARIA akibat kemalangan .

Aku x tipu...terus air mata mengalir selepas membaca SMS tersebut ..aku harap aku bgun dari mimpi itu..
bru je aku chat dengan beliau :(
namun..itulah kenyataan !!! Semua sudah tertulis..
Arwah sgt baik..dia suka membantu rakan2nye...apabila rakan2nya memerlukannya..termasuk aku

Buat kwn2 yg lain...tabah sabar menerimanya
Allah lebih sygkan dia

Di sini aku sertakan kisah lebih lnjut..tentang kemalangan yg aku dapat dari SINAR HARIAN !

 " Tak sempat hadir konvo "
TUMPAT – Seorang mahasiswa tidak sempat menerima sijil diploma pada hari konvokesyennya, Julai depan, apabila terbunuh dalam kemalangan ketika perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Hutan Jambu di sini, sejurus selepas membeli makanan kucing, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang, di Kilometer 2, Wakaf Bharu-Tumpat di kampung Morak mangsa, Mohd Sabri Zakaria, 21, maut di tempat kejadian apabila motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah kereta menyebabkan mangsa memasuki jalan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah van.

Kereta terbabit ketika itu berada di bahu jalan, naik ke jalan utama, bagaimana pun motosikal mangsa yang menghala ke Palekbang tidak sempat mengelak menyebabkan mangsa terlanggar kereta itu.

Bapa mangsa, Zakaria Mohamad, 48, berkata, dia agak sukar menerima kematian anak sulungnya yang meninggal dunia akibat kemalangan kerana ketika menatap jenazahnya di tempat kejadian anaknya seperti sedang tidur.

“Dia meninggal akibat kecederaan dalaman, tiada darah seperti kita lihat di tempat kemalangan lain, saya rasa anak saya itu sedang tidur padahal dia telah pergi untuk selama-lamanya,” katanya.

Menurutnya, arwah baru tamat pengajiannya di Universiti Darul Iman dan perlu menghadiri konvokesyen pada Julai ini.

“Namun kami sekeluarga tidak dapat meraikan hari konvokesyennya itu, kerana dia sudah tiada,” katanya yang berniaga makanan ayam dan burung di Kampung Laut.

Menurutnya, arwah berhasrat untuk bekerja selepas menerima sijil diplomanya itu kerana ingin membantunya menyara keluarga dan adiknya seramai tiga orang.

Menurutnya, jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kok Pasir.



org ramai melihat motosikal dan mayat MOHD SABRI


Ini mungkin harimu...entah esok lusa..hari aku plk..wallahua'lam!
moga kamu tenang di sana....kami akan menyusulmu kemudian


sahabat....tinggal kenangan..xmungkin dpt melihatmu di alam ini lg..



Love Quotes

Monday, June 6, 2011

-- KebOringaN yANg MeLamPau --

Selamat Pagi 1 Malaysia (^,^)
Hari ni Isnin kan ??

ye ke??
urmm
urmm

ye lah..haishh..hari pon dah lupa
knapa ni??
aku
kau
kamu
kami

aku..aku..
aku boring la weyhhhhhhhh....
tatau nak buat apa

aku dapat offer kerja dari kwn.
dia yang bgtau
ada keje sbgai GURU TADIKA at Pasir Tumbuh.
nak pergi ke x ni....urmm...
aku sebenarnya 50% nak g ngan xnak g sbenarnya
kalu di kira..hari ni spattnye
kena hadirkan diri kat sane

tapi..kwn aku ckp ada mslh sikit
so..kami janji nak g esok..
so..aku heppy sgt2 la kan..weeeeeeeeee~~~
sebab..aku berat hati nak tggal umah dan isi kndungannye
lgpun..aku xsiap kemas lg..baju pun masih bnyak xbasuh
( jap ag nak g membasuh bju..lalalala)

then2 kan
aku boleh ke bekrja??
hahahhhaa..persoalan yg agak2 xptut ditnye
lgkan org cacat boleh kerja cari duit sendiri
ni aku yg boleh di katogerikan dlm kumpulan yg berupaya la..xkn xblh ..kan3?? hahhahaa

kalu xboleh pon dgn sebab P.E.M.A.L.A.S + TAK MAU RASA SUSAH !!

okey2..aku tammau ckp pape lg.pasal kerja
kita tgk dulu esok

adakah aku ditakdirkan bkrja di sana @ tidak ??
kikikiki

okeh la...aku nak berenti di sini dulu...makin lama aku kat sini...
makin aku kuat merapu

korang pun boleh boring baca entry aku ni..
hehehe

bye2

 

Wednesday, June 1, 2011

Keluar Jalan2 nGan Kawan2

Salam petang 1 JUN 2011 :)
jap3! ce tengok2..
dah masuk bulan jun da...
ni bermkna dah nak masuk sebulan da aku kat umah
cepat bukan!
tapi...aku xde pape perkembangan pon!
haishhh..apa nak jd ni...diploma dah hbs..tapi xde org nak ambik aku kerje pown!
apa lah sgt yg ade pada diploma tuh..kalu x dgree jugak.
susah nak keje!
okey3
selama aku duk bercuti ni an..
yg berubahnye just 1 thing je..
korang mesti nak tau kan..apa yg berubah tuh..hehe
of course la..berat bdn aku..oh nooo!!!
bertambah membulat aku
ini lah akibatnye..duk goyang kaki kat umah..makan n tido je kjenye..aig00 !!

bahaya ni!!
aku xnak jd obes.....tidakkkkkkkkkk !

okey2..aku xnak pk da pasal ni...men'stress'kan otak aku jerk!
aku nak citer memori semalam

semalam..aku kuar jumpa kwn2 aku..yg dah nak dekat sebulan aku x jumpa..
hehhe..best lah..lama xtgok diorg..dah makin berseri2 diorang
yang aku kagum tu..diorg dari jauh dtg nak jumpa ngan aku dan yg lainnye
rindu sgt tuh

ok
aku nak kongsi la sedikit memori kenangan aku bersama diorang

jommmm..tgkk!!

kanan: iniey , ieyla , nah , adik aku , lastt..aku la..eheh

with sahabat aku



nak tru model kat gmbr tu la konom2..aha!
* ada banyak lagi gmbr sebenarnya..tapi aku mls nak upload..eheh...ni je untuk aku nak kongsi2 ngn korang
okey..da tatau nk ckp pasal apa2 da..
nnti kita berjumpa lagi..
misss..u all..muuuahhx.opss!heeeeeeeeeeee

wslm (^^)