Tuesday, April 12, 2011

Apa Yang lelaki Suka Dan Tidak Suka Pada Wanita

Lelaki suka wanita yang 
*
*

1. Wanita yang bersikap kelakar
2. Berbudi pekerti
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Tahu memasak
6. Pandai dalam menggayakan pakaian
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
8. Tidak mudah naik angin
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
11. “Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.”
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
18. Yang tidak suka berleter
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki



Lelaki tidak suka wanita yang
*
*
1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.




Monday, April 11, 2011

Ke KenDuRi RuMah uStAz SoFyuDDin

Salam..hari ni aku nak update blog aku sket..xde ape yang nak aku ceritakan kat sini..just nak kongsi ngan korang gambar2 ni je..kali pertama ..aku ke kenduri di bumi terengganu..iaitu bertempat di kediaman indah..ustaz aku USTAZ SOFYUDDIN...yang terletaknya xjauh dari kampus aku " UNiSZA "..
..jOm kita tengok..
*
*
*
*
*
ha..ni la dia..tempatnye...gulai dia best!!

muka ni je yang masuk gambr..haishh

ni ngan miss.tikah...dia ngah hirup bubur kcang+pisang..hehe

ika - aku - ira - nah
ni ngan miss fira..yang agak pemalu la sket nak brgambr!! hehe
gulai yang besttt

okey..ni je untuk hari ni..kepada 'USTAZ SOFY' terima kasih kerana jemput kitorang mkn2 kat umah ustaz
besttt sgt !! 

bubye
(^___^)

Thursday, April 7, 2011

Minda Aku Kembali Pulihh...

:) nak tau knapa ?? persoalan kepada tajuk entry aku tu ....
*
*
*
*
ermm...mythesis hmpir2 berakhir...yeeehhhaaa!! 
td pergi bilik musyrif ( penyelia ) dia cek..then dia ckap dah ok dah...tapii..ada sedikit je lagi error..pada ejaan..kna baiki sikit  lg..hehhe...aku hepy giler..sbb thesis ni yang buat aku terbeban!! haha......
then...penyelia aku suruh group aku buat ikrar ?? td aku dan kwn aku " nah "...agak terpinga2 la..ikrar ??
 nak kna angkat sumpah depan musyrif ke ??

aku dengan slumber tanye

aku : ikrar ustazah ??
ustazah : ye la..ikrar tu..surat pengakuan yang anti2..hasilkan thesis ni dengan titik peluh anti sendiri
aku n kwn aku ( nah ) : oooooo...hehe..agak blur !! ( sebab xtau plk pasal ni )
aku : dengan yakinnye..ckp..bukan ke..surat tu..kena ambik kat pejabat FKI kan ustazah ?? 
ustazah : kita kena buat sendiri la..anti dah buat ??
aku : xtau pon kena buat..ahaha...( dengan lajunya aku jwb ) haha.nak tergelak pon ada...mcm org bodoh je jwb soalan!! hahah..sabo je la..mmg aku xtau pon !! terlepas pndang..

musyrif aku siap kasi tunjuk lg..contoh surat tersebut..padahal dah kat dlm buku panduan thesis tu..nmpak sgt pemalas! eeeyuuuuwww~~~

nak cover malu...aku ckp kat ustazah : xpe lah ustazah..nnti kami tgk blik kat buku panduan..tu.heheh
sekali tgk..kesian kat musyrif aku...ni..bz bebenor...meja dia yang penuh..dengan kertas2..smpai aku pon pening tgkk....begitu la agaknya kerja seorang pensyarah !!

musyrif kitorang memang da best lah...bnyak dia bntu..smpai mukaddimah dah khatimah untuk thesis kitorang dia yang tolong !!!
 kitorang sayangkan ustazah

dan yang bestnye...lepas kitorang baiki error yang beberapa perkataan tu...kita orang dah boleh binding.
itu bermakna thesis kitorang selesai
wahh...terasa bebas!!
lega
*
*
happy
*
*
ceria 
*
*
semua lah

ni je aku nak cerita untuk entry kali ni...kongsi kebebasan!! 
moga2 aku dan anak2 buah aku..haha...dpat result yang ok la kan
berbaloi dengan hasil keje dan penat lelah kitorang..aminnnn...
sekian....


Friday, April 1, 2011

KhaS uNtuk Rakan SperJuANGAn 2008-2011

Salam Jumaat sume...:) hari ni merupakan penghulu segala hari...so..raikan hari ini dengan hati yang ceria..wajah yang berseri agar hidup kita bersinar bagai mentari pagi..
sejak beberapa hari sang matahari memurungkan diri..menangis..xhenti2..mnyebabkan manusia di bumi...agak resah gelisah..kerana perlu meredah hujan dan banjir..itu merupakan cabaran dan ujian dari Allah kpd hambanya..
( hujan adalah rahmat ) 
TODAY, matahari pun dah mula bersinar..bak bunga yang baru berkembang ! cantik! 
burung2 pun agak ceria..pagi ni..mcm dah lama xkeluar bersiar2..yipppi!! :)
aku pun tumpang gembira

sEnyum seindah suria yang membawa cahya
senyum dari hati
duniamu berseri
senyum umpama titian
dalam kehidupan 
kau tersenyum :) ku tersenyum :)
terjalinlah ikatan..

eh...menyanyi plk aku...ye la...hati ngah heppy ni...rasa mcm sume keje nak buat !!
dtg semangat baru !! (^,^)

herm..jgn terlalu heppy gak...cuba korang tgk calendar..ce tengok!!ce tengok!! kikiki
hari ni 1 APRIL 2011 kan ??
okey! sekarang apa yang korang pk ??

apa ?? nak kluar shooping sebab hari ni xhujan ???
hah ?? nak dengar lagu n goyang kaki ??
what ?? nak kluar dating ??

jwpan yang agak kelakar la..
ok..sekrang korang2...lupakan semua aktiviti kat atas tu seketika.
fikir apabila dah bertarikh 1 APRIL 2011..
MAKA, sebagai seorang pelajar wajib.....
emmm..wajib buat apa ek ??? 
wajib tdo..?? wajib mkn bebanyak ??
wajib enjoy???
ehh..korang jgn.........dari tarikh tersebut..maka tggal 2 minggu lagi nakkk....EXAM!!
Oh no!! 
apa yang ptut aku buat?
apa yang ptut aku stdy dulu ?? 
apa yang harus di baca ?? 
waaaaaaaaaaaaaa.....hah?? inilah jdnye..bila baru tersedar dari dunia khayalan!! 
hermm...sndiri susah..(T,T)

okey , relaks kwn2...masih ada masa lagi nak stdy betul2..fokus2!!jgn terlalu stress...xnak la nnti ..bila dah dekat exam..ada yang menangis..ada yang menggalak..buang tebiat..ada je kes bunuh diri..gara2 stress
xnak xnak mcm tu..kita ada pegangan..iaitu Islam..jgn buat perkara terlarang..engat 2!!
tinggalkan dulu semua msalah yang melanda
ceh...nak jd pakar motivasi ni !! ada gaya x ?? 
apa ?? xde...hermm...xpelah...xkisah..kikiki

ok..aku ada 5subjct tuk final exam..
* NAHU DAN SORAF
* AKIDAH
*MUQARANAH ALADYAN
*NUSUS QURANIYYAH
*BALAGHAH

meh..aku nak tunjukkan buku2 aku..hehe
*
*
*

buku aku yangdah agak uzur dah..hehhe
xde lah bnyak sgt kan..( sedapkan hati )

sikit je ni...agak2 smpat x nak habiskan subject sume ni ??
sempat je kalau aku rjin..hehe..

aku start exam..21hb kalu xsilap...xlama dah..
nahu soraf..hukhuk
hatiku berdebar

Agar aku dan kwn2 dapat menempuhi ujian ini..dengan lancar sekali
Ya Allah terangkan lah hati kami..permudahkanlah segala urusan kami
berikanlah kami kejayaan di dunia dan akhirat !! aminn ya Rabbal'alamin..

di sini aku ingin mengambil kesempatan tuk memohon maaf segala kesilapan aku terhadap kwn2..mungkin itu hnya gurauan dari aku..yang buat hati kecil korng terusik...maaf ya !! aku susun 10 jari pohon maaf dari kamu sume..khas untuk semua kwn2 aku DIPLOMA USULUDDIN SEM6

Perempuan :
 NAH, IKA ( GroupThsesis),
NAD,ZAKIAH,FIQAH,
TIENA,FANA,FIRA,FARHAH,INIEY,IEYLA,BIEY, MIMI,NOYUE,IRA,MIRA,NAZ,DIELA,ZIELA,AMAL,INANIEY,NANI,SHA,SARAH,FARAH,
DAYAH,SYIKAH,ENA,GHA,IDA,FIKA.TIKAH,SAFI,UMI.

Lelaki : JIJ0,KERI,SABRI,FAIZ,NAJIB,IZHAR,DIN,AMIN,ALAMIN,AMINI,SUBKHI,HARITH,
HAZIQ,SHARHAN,DAUS,MATNOOR,AZAM,LOKMAN,ASYRAF,ZAHID,ZAYED,KIMI,
RASHDAN,TAUFIQ,LUTFI ,

aku mintak maaf ek..hehhe...akan ku engat korang sume...di dalam ingatan ku...korang de best friend..susah senang..happy,gembira,sume kita lalui bersama...(^^)
LOVE U ALL..

AKU TUJUKAN LAGU NI TUK KORANG EK..:

TEMAN SEJATI

Selama ini kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini padaMu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui



Dengannya disisi
Perjuangan ini
Senang di harungi
Bertambah murni kasih Ilahi

Kepada Mu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita

Kepadamu teman
Kupohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telahku ungkapkan segala-galanya

Teman
Bersamalah kita semaikan persahabatan ini
Dengan keimanan
Teruskanlah perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu

Kepadamu Teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan

Telahku ungkapkan segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Kumencari-cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci 

entry kali ni aku khususkan untuk korang sume...
salam sayang..SYAZWANA BT MOHAMAD a.k.a K.WANA. (^,^)